Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak

Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak

Dermasiswa ini bertujuan membantu pelajar membuat persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama di Politeknik, Kolej Komuniti, IPTA dan IPTS terpilih dalam negara sahaja. Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.

Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM3,000 sahaja.

Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional).

KESEMUA 21 IPTA DALAM NEGARA TERMASUK POLITEKNIK & KOLEJ MATRIKULASI ADALAH LAYAK MEMOHON

Manakala bagi IPTS, hanya IPTS berikut yang layak memohon.

1.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

10.

Giat MARA

2.

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

11.

ADTECT

3.

Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

12.

Kolej Polytech MARA

4.

Universiti Multimedia (MMU)

13.

Kolej Profesional Baitumal

5.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

14.

Kolej RISDA

6.

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

15.

Kolej Yayasan-Yayasan Negeri

7.

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR)

16.

Kolej Tunku Abdul Rahman(Kolej TAR)

8.

Kolej Perubatan DiRaja Perak

17.

Institut Teknologi Perak (ITP)

9.

Institut Latihan Perindustrian

**Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web Yayasan Perak.

NOTA:
Permohonan Skim Biasiswa Kecil Yayasan Perak bagi tahun 2013 telah ditutup pada 31 Januari 2013.
Harap maklum

No comments.

Leave a Reply